Monday, 30 April 2012

~ Situasi 37 ~


Situasi pada kali ini ialah tentang perancangan bahasa. Perancanan taraf bahasa meliputi semua upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama pendidikan, iaitu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas tadi. Setelah mantap penetapan taraf tersebut, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan korpusnya pula. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi pula, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa.

Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa Melayu daripada sudut korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. Pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Dalam konteks Malaysia, perancangan taraf bahasa melibatkan upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak zaman Sriwijaya lagi dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara.

Friday, 27 April 2012

~ Situasi 36 ~


Kejadian ini juga berlaku dalam sebuah kelas. Ketika pensyarah sedang memberikan kuliah, saya mendapati kelas agak tidak terkawal. Pelajar membuat bising di sana sini. Walaupun begitu, keadaan tersebut hanyalah untuk seketika. Apabila kelas kembali tenang, saya terdengar suara seseorang di kedudukan belakang yang masih lagi dalam keadaan bercakap. Suara tersebut kedengaran jelas di telinga saya dan apabila saya menoleh saya terlihat akan seorang sahabat yang sedang bercakap di telefon. Saya agak terkejut kerana tanpa rasa bersalah dia bercakap di telefon sedangkan ketika itu pensyarah sedang memberikan kuliah. Kedudukan saya di hadapan sekali dan ketika itu pensyarah berada di hadapan saya. Saya percaya pensyarah tersebut sedar akan situasi pelajar tadi.

Saya amat terkilan dengan tindakan pelajar tadi kerana dia merupakan teman dalam jurusan yang sama dengan saya. Saya berpendapat bahawa tindakan tersebut amat tidak sopan. Dengan berkelakuan seperti itu, dia seakan-akan tidak menghormati pensyarah yang sedang mengajar dan sekali gus tidak menghargai ilmu yang disampaikan.

Thursday, 26 April 2012

~ Situasi 35 ~


Selepas turun dari bas di hadapan kampus saya sempat melihat seorang pelajar perempuan yang baru menaiki bas tersebut dimarahi oleh pemandu bas yang mungkin sudah berusia 40-an kerana membawa minuman masuk ke dalam basnya. Sememang kami semua sedia maklum akan sikap pemandu bas tersebut yang sudah banyak kali menghalau pelajar turun sekirannya membawa minuman ke dalam basnya. Pelajar tersebut kemudianya membuang minuman tersebut dan pastinya sangat malu apabila dimarahi dikhalayak ramai begitu.

Pada pandangan saya pemandu bas tersebut tidak sepatutnya memarahi pelajar yang sudah dewasa sebegitu kasar dikhalayak ramai. Walaupun pelajar tersebut melakukan kesalahan yang mungkin tanpa dia sedari kerana membawa air minuman bersama tidak menjadi kesalahan bagi pemandu bas lain. Pemandu bas itu mungkin boleh menegur pelajar dengan cara yang lebih berhemah bagi menjaga air muka sendiri dan orang yang ditegur. Sikapnya yang suka memarahi penumpang menyebabkan dia tidak berapa digemari oleh para pelajar yang menganggap beliau terlalu garang dan pemarah ditambah dengan raut wajahnya yang tidak pernah tersenyum. Malahan saya mengganggap hidupnya pasti amat membosankan sebagai pemandu bas memandangkan dia tidak gembira dan mungkin tidak ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukannya itu.

Wednesday, 25 April 2012

~ Situasi 34 ~


Baru-baru ini kawan saya ada meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada saya berkaitan rakan sebiliknya. Rakan sebiliknya suka ‘bergayut’ dari tengah malam hingga ke pagi sambil ketawa dengan kuat. Hal ini menyebabkan kawan saya tidak dapat tidur dengan lena. Kadang-kadang dia hanya dapat tidur 3 hingga 4 jam saja. Dia serba salah ingin menegur rakan sebiliknya disebabkan kami satu program yang sama.

Berbual di telefon tidak salah. Tetapi perkara ini menjadi salah jika mengganggu rakan sebilik. Apa salahnya jika bersembang di luar bilik atau sewaktu ketiadaan rakan sebilik.

Tuesday, 24 April 2012

~ Situasi 33 ~

Situasi  ini  ketika  kami  dikejutkan  dengan  satu  berita  yang  agak  menyedihkan yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu seorang pelajar perempuan UPSI telah meninggal dunia di bangunan BE Learning yang dipercayai jatuh dari bangunan tersebut. Berita tersebut agak menyayat hati kami dan rasa takut pun ada dalam diri. Punca pelajar tersebut jatuh dari bangunan tersebut masih dalam siasatan. Tetapi perkara yang mengecewakan kami adalah pelbagai spekulasi dan tanggapan yang telah dikeluarkan oleh orang ramai tentang kejadian tersebut seperti pelajar tersebut menghadapi tekanan perasaan, kena tolak, bunuh diri yang paling mengaibkan dan macam-macam lagi andaian yang dibuat. Gambar pelajar tersebut turut dipaparkan dalam laman sosial facebook dan blog. Perkara yang sebenar berlaku masih belum diketahui lagi tetapi orang ramai sudah pandai membuat andaian sendiri.

Pada pandangan saya, kita tidak sepatutnya membuat sebarang andaian sendiri yang kita tidak tahu punca sebenar sesuatu kejadian berlaku. Kita juga seharusnya menyiasat terlebih dahulu punca sebenar sesuatu kejadian yang berlaku sebelum membuat sebarang spekulasi. Tambahan pula, pelajar tersebut merupakan orang Melayu yang beragama Islam. Islam melarang dengan keras sekali umatnya membunuh diri yang dianggap haram dan berdosa besar.

Monday, 23 April 2012

~ Situasi 32 ~


Sewaktu ingin pulang ke kolej selepas tamatnya kelas pada waktu tengahari hari ini, berlaku kesesakan dan lambakan pelajar yang juga sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Waktu telah menunjukkan ke angka 12 tengahari, semua ingin bergegas pulang ke rumah masing-masing kerana kebiasaannya pada waktu kemuncak ini berlakulah masalah ketiadaan bas kerana semua terutamanya kaum lelaki mengejar masa untuk menunaikan solat Jumaat bagi yang beragama Islam. Tidak sampai sepuluh minit, bas tiba. Semua berebut-rebut untuk menaiki bas. Kadang-kadang saya rasakan seperti perebutan kuasa akan berlaku kerana tolak menolak, pijak-memijak kaki, tarik-menarik akan berlaku. Dalam kesesakan itu, tiba-tiba saya terdengar satu suara budak perempuan yang bunyinya seakan-akan begini “eh, bodohlaa…janganla main pijak-pijak, tolak- tolak. Nak balik sangat, rumah tu tak lari la. Bongok” saya terkedu. Lama- kelamaan selepas berlakunya tolak-tolak, akhirnya kami semua berjaya menaiki bas tersebut dan selamat sampai ke rumah masing- masing.

Bagi saya, sepatutnya kita sebagai seorang mahasiswa ataupun mahasiswi, tidak sepatutnya memaki hamun tanpa berfikir panjang kerana itu merupakan satu sikap yang negatif yang kita tunjukkan kepada orang lain. Tambahan pula kita sebagai bakal guru hendaklah menunjukkan sifat yang baik dan menjadi contoh yang baik juga kepada orang lain.


Friday, 20 April 2012

~ Situasi 31 ~


Situasi ini berlaku di sebuah kedai makan. Sekumpulan pelajar mereka makan samabil berbual. Tidak lama selepas itu kedengaran gelak ketawa mereka meletus. Sungguh kuat. Membuatkan orang terkejut dengan perbuatan mereka. Keadaan ini juga telah membuatkan orang lain berasa tidak selesa dan menjeling-jeling ke arah mereka.

Hendak bersembang, ketawa dan sebagainya itu boleh. Tetapi janganlah sampai keterlaluan sangat. Budaya ketimuran kita jangan dilupa.

Thursday, 19 April 2012

~ Situasi 30 ~


Rakan serumah saya telah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya ketika berurusan di pejabat am fakulti bahasa ketika minggu tambah gugur kursus. Ketika dia sampai di kaunter, dia pun memanggil kerani di situ. "Akak, saya nak minta borang add drop satu". Kerani itu hanya menjeling dan memberikan borang tersebut kepada rakan saya. Rakan saya mengadu kepada saya mengapa kerani itu tidak mesra pelanggan dan langsung tidak mahu senyum ketika berurusan. Rakan saya berasa terkilan kerana dilayan sebegitu, sedangkan dia meminta dengan cara yang elok kepada kerani tersebut.

Pada pendapat saya, kerani tersebut tidak berasa selesa kerana jikalau kita berurusan di mana-mana kaunter pejabat am, penggunaan kata sapaan haruslah diutamakan. Rakan saya tadi telah menggunakan kata sapaan 'akak' kepada kerani itu dan mungkin kerani itu telah kurang selesa. Seharusnya, kata sapaan yang sesuai ialah Puan atau Encik kerana orang yang bekerja di pejabat am itu adalah antaranya pegawai dan kita seharusnya memberi gelaran atau sapaan yang sesuai dengannya. Rakan saya tidak menyedari kesilapannya dengan menggunakan kata sapaan yang tidak betul. Hal ini disebabkan oleh, sesetengah individu mahu dirinya dihormati dengan panggilan yang betul terutama daripada pelajar-pelajar yang berpendidikan tinggi.

~ Situasi 29 ~


Kelas saya tamat jam 10.00 pagi. Satu masa yang masih awal. Saya menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan buat tugasanku. Sekitar jam 11.30, saya keluar daripada perpustakaan dan menuju ke sebuah kedai makan untuk membeli makan tengahari. Kedai yang selalu saya dan rakan-rakan kunjung. Selesai mengambil lauk, saya pun ke kaunter untuk membayar. Kami perlu beratur kerana ramai orang di kedai itu. Sedang tuan kedai mengira, salah seorang daripada pelanggannya bertanya, tentang harga makanan dengan makanan yang dibeli. Rupa-rupanya tuan kedai itu tersalah kira dan pelanggan itu memarahi tuan kedai tersebut di hadapan pelanggan lain. Saya hanya memerhatikannya.

Setiap manusia melakukan kesilapan. Seharusnya setiap kesilapan itu dimaafkan. Bukannya dimarahi atau dicaci. Dalam situasi ini, pelanggan itu sepatutnya memaafkan sahaja tuan kedai tersebut kerana dia sudah pun meminta maaf dan tidak perlu memanjangkan cerita terutamanya di hadapan pelanggan lain. Setiap  manusia punya maruah. Maruah manusia hendaklah dijaga oleh manusia dengan sebaiknya. Jika kita menjaga aib orang, insyaAllah orang lain juga akan menjaga aib kita.

Wednesday, 18 April 2012

~ Situasi 28 ~


Di kawasan lampu isyarat, kenderaan beratur untuk menuju ke destinasi masing-masing. Ketika itu saya berada di dalam bas. Pemandu bas sabar menanti lampu merah bertukar hijau. Saya memandang kenderaan yang lalu-lalang di hadapan saya. Tiba-tiba satu hon panjang berbunyi diikuti dengan bunyi brek yang sangat kuat. Bunyi itu datangnya dari sebuah lori yang hampir-hampir melanggar seorang penunggang motosikal. Penunggang motosikal itu tiba-tiba datang dan membelok di hadapan lori membuatkan pemandu lori panik. Ketar lutut saya mendengar bunyi itu.

Seharusnya dalam kesibukan banyak kenderaan itu, penunggang motosikal tersebut tidak boleh melakukan perkara seperti itu kerana membahayakan bukan sahaja nyawanya malahan juga nyawa orang ramai. Jika sudah terlewat sekalipun, berhati-hati di jalan raya itu sangat penting.

Tuesday, 17 April 2012

~ Situasi 27 ~


Perut kami berkeroncong. Kami membuat keputusan utuk singgah makan di kedai makan yang berdekatan. Setelah urusan memesan makanan dan minuman selesai, kami berborak sakan tentang pelbagai perkara yang berlaku sepanjang hari itu. Tidak menunggu lama, makanan dan minuman yang dipesan sampai. Kami membaca doa dan menikmati hidangan masing-masing. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba telinga kami seolah-olah dapat mengesan sesuatu yang tidak enak untuk didengari. Bunyinya seolah-olah begini “buat apa aku nak cakap dengan kau dalam telefon. Buat habis kredit je. Aku nak jumpa dengan kau. Kau kat mana sekarang, kau bagitahu aku. Weiii, aku tak takut la dengan kau tu. Aku nak jumpa dengan kau depan-depan suami dan mak mentua kau sekali pun aku tak takut. Cakap dengan aku, kau sekarang kat mana.” Saat itu, kami semua telan air liur. Masing- masing diam tidak berani untuk bersuara. Selesai makan, kami membuat bayaran dan beredar dari kedai makan itu dengan segera.

Situasi seperti ini sangat kerap berlaku, dimana-mana sahaja, tidak mengira masa semuanya boleh berlaku. Bagi pendapat saya, sepatutnya, wanita tersebut menyelesaikan masalahnya dengan berhemah, bukannya dengan memaki hamun orang lain dengan sesuka hati sahaja. Walaupun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak sepatutnya menghukum orang lain tanpa usul periksa. Lagipun, carilah tempat yang sesuai, janganlah jadikan tempat awam sebagai tempat untuk dijadikan medan perang. Pada waktu itu, semua orang pasti akan memandang serong kepada kita.


Monday, 16 April 2012

~ Situasi 26 ~


Situasi ini berlaku semasa saya sedang melayari laman sosial facebook atau laman muka buku. Saya telah terbaca status salah seorang daripada sahabat yang tidak dikenali dalam laman sosial saya. Dia meluahkan rasa marah terhadap seseorang yang telah merampas kekasihnya dengan menyumpah dan memaki wanita tersebut menggunakan kata-kata yang sangat kesat. Perkataan yang digunakan sangat mengaibkan semua kaum wanita dengan menyebut kemaluan dan sebagainya. oleh hal yang demikian saya terpaksa membuang dia daripada menjadi sahabat saya kerana tidak sanggup melihat apa yang ditulis pada statusnya dan dibaca umum pada dinding laman muka buku saya pula yang boleh mengaibkan wanita-wanita lain.

Pada pandangan saya, situasi seperti ini seharusnya dielakkan. Laman muka buku bukanlah medan yang sesuai untuk seseorang itu menzahirkan segala isi hatinya. Seharusnya, apabila seseorang itu berasa kecewa, sedih, marah dan sebagainya dia haruslah sentiasa mengingati Allah dan memohon petunjuk daripada-NYA. Selain itu, penggunaan bahasa yang kesat sudah mampu untuk melambangkan  atau menggambarkan sikap  sebenar individu tersebut daripada  kaca mata sesiapa yang membaca status terkenaan. 

Friday, 6 April 2012

~ Situasi 25 ~


Hari ini saya berasa kurang selesa dengan kata-kata kawan saya, walaupun hanya dengan satu perkataan. Saya mengingatkan kawan saya untuk menjalankan tugas di rumah kerana setiap ahli rumah akan bertugas mengikut hari-hari tertentu. Kawan saya sepatutnya bertugas pada hari khamis, namun mungkin kerana dia terlupa dia tidak bertugas. Oleh itu, saya telah menegurnya pada pagi jumaat dengan menyuruhnya bertugas pada hari tersebut. Saya berharap agar dia mengatakan bahawa dia terlupa dan meminta maaf. Namun dia hanya berkata "eleh". Perkataan itu amat menyakitkan hati. Saya tidak berniat untuk 'tunjuk baik' tetapi sekadar mengingatkan.

Sebagai rakan serumah, kita sepatutnya saling bekerjasama dan saling menjaga hati satu sama lain agar dapat hidup lebih selesa. "Maaf" bukan susah untuk diungkapkan, tetapi ramai yang keberatan untuk menyebutnya.

Thursday, 5 April 2012

~ Situasi 24 ~


Sewaktu saya sedang berjalan pulang bersama rakan, saya terdengar seorang pelajar perempuan Melayu menjerit ke arah rakannya yang sedang berlari untuk mengejar bas. "Hoi! janganlah laju sangat. tunggulah aku! ", jerit pelajar perempuan itu kepada rakannya. saya dan kawan saya terkejut. Kami saling berpandangan dan hanya menggelengkan kepala.

Pada pendapat saya, kejadian seperti situasi di atas telah menggambarkan kepada kita bahawa segelintir pelajar sekarang sudah tidak mementingkan kesantunan dalam berbahasa kerana bahasa jiwa bangsa. Kita seharusnya lebih berhati-hati ketika berkomunikasi waima dengan rakan kita sekalipun kerana orang sekeliling akan tetap memandang kita ketika kita berhampiran dengan mereka.

Wednesday, 4 April 2012

~ Situasi 23 ~


Kisah yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang seorang pemandu bas yang berbangsa India. Saya tertarik dengan cara dia yang agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan pemandu- pemandu bas yang lain. Kerap juga saya menaiki bas yang dipandu olehnya dan cara dia tetap sama.  Walaupun tidak banyak bercakap, namun dia bersikap sangat sopan. Selepas kami sampai ke destinasi yang dituju, pelajar- pelajar yang menaiki bas akan mengungkapkan  ucapan ‘terima kasih’ kepadanya, dan dia juga akan membalasnya dengan ungkapan ‘sama- sama’ sambil senyuman terukir di bibir. Hampir sebahagian besar pelajar di dalam bas mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya dan dia turut membalasnya kepada setiap pelajar.  Walaupun hanya ungkapan biasa tetapi sebenarnya merupakan budaya yang perlu kita amalkan setiap hari.

Secara peribadinya, saya kagum dengannya yang tidak jemu membalas ungkapan tersebut kepada kami sambil senyuman terukir manis dibibir. Ternyata sikap seperti itulah yang menyenangkan kami sebagai pelajar yang menggunakan bas untuk ke kelas.  Saya juga mengharapkan pemandu- pemandu bas yang lain juga bersikap seperti dirinya yang sentiasa tersenyum dan mesra terhadap pelajar- pelajar.

Tuesday, 3 April 2012

~ Situasi 22 ~


Situasi ini berlaku ketika para pelajar UPSI termasuk saya hendak menaiki bas."Nama sahaja pelajar-pelajar universiti, tapi langsung tidak tahu beradab". Begitulah ngomelan pemandu bas yang geram melihat para pelajar Upsi yang berebut-rebut untuk menaiki bas sambil membuat bising. Pemandu bas tersebut bukan sahaja mengomel malahan terus memandu dan memberhentikan kenderaannya dalam keadaan yang sangat dekat jaraknya dengan pelajar-pelajar yang berebut itu tadi sehinggakan pelajar-pelajar tadi terpaksa mengelak kerana bimbang dilanggar oleh pemandu bas tersebut.

Pada pandangan saya, situasi begini tidak mungkin akan berlaku sekiranya para pelajar ini mahu bertolak ansur iaitu dengan beratur untuk menaiki bas dan bukannya dengan berebut-rebut. Keadaan ini amat memalukan tambahan pula pelajar-pelajar ini adalah bakal-bakal guru. Bagaimana mahu menunjukkan contoh yang baik sekiranya diri sendiri juga masih tidak betul? Walaupun begitu, saya juga tidak bersetuju dengan sikap pemandu bas yang sanggup melampiaskan kemarahannya dengan terus memandu seolah-olah mahu melanggar pelajar-pelajar itu tadi. Keadaan ini disebabkan oleh, jika tidak kena dengan caranya, mungkin akan ada pelajar yang akan tercedera. Kekurangan bas dan kesuntukan masa menyebabkan pelajar-pelajar ini terpaksa berebut-rebut untuk ke destinasi yang seterusnya.

Monday, 2 April 2012

Situasi 21

~ Maksud Perkataan ~

1)         Bidalan
Menurut Abdullah Yusof et all (2009), bidalan ialah peribahasa yang terdiri daripada ungkapan-ungkapan yang ringkas lagi bijaksana yang mempunyai makna selapis. Walau bagaimanapun, kadang-kadang, bidalan juga menyatakan makna dua lapis. contoh bidalan ialah:

Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakanhendaklah diselesaikan.

Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihinaorang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga-  Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.


2)         Pepatah-petitih
pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa. pepatah dilihat seakan-akan sama dengan bidlaan. sungguhpun demikian, pepatah mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran. setiap rangkai kata pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu eolah-olah seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. pepatah ini biasanya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. sungguhpun demikian, pepatah juga boleh didefinisikan sebagai ungkapan-ungkapan yang dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. tujuannya adala untuk mengajar dan mendidik supaya berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. contoh pepatah adalah seperti berikut;

"Dihentak -hentak tak masuk , dihumpil tak bergerak , direndam tak basah , direbus tak lembik ,dijemur tak lekang dan dibakar tak hangus "


3)         Kata-kata pujangga
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
~Pujangga
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
~Pujangga~
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."


4)         Hadis Melayu

AL-SUNAH dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, metod atau cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul. Malangnya masyarakat Melayu sering disogokkan dengan perkataan atau ungkapan yang didakwa sebagai hadis sedangkan ia tidak mempunyai hujah yang kukuh. Ini dilabel sebagai ‘hadis Melayu’. Yang membimbangkan, ‘hadis Melayu’ ini seolah-olah diterima pakai dan menjadi pegangan agama oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia.  ‘Hadis Melayu’ adalah perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ia adalah ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk kepada naskhah asal bahasa Arabnya.

 Ada beberapa contoh ‘hadis Melayu’ seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat.

5)         Perbilangan
Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaituikatan puisiyang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembagakhususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakaiAdat Pepatih. Contoh perbilangan

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakatIkut adat muafakat


6)         Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi tradisonal yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1846. Bentuk gurindam boleh dibahagikan kepada dua,iaitu bentuk terikat dan tidak terikat. Bentuk yang terikat bukan sahaja terdiri daripada dua baris serangkap yang berpasangan dan berirama, tetapi bentuk seuntai gurindam yang terikat memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkannya sebagai satu keseluruhan idea. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Gurindam berfungsi sebagai hiburan, pengajaran, nasihat dan penerapan nilai-nilai murni, iaitu dapat menunjukkan hidup yang baik dan sempurna (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005), contoh:


Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
    
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat faedah.


(Raja Ali Haji, Puisi Melayu Tradisional, 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka)

 7)         Seloka
Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsur ejekan, giatan, sindiran, jenaka atau gurau senda dan digunakan untuk menyindir sambil mengajar (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005). Contoh seloka ialah:



Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga,
Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga.

(Warisan puisi Melayu, 1995)

8)         Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.

9)         Peribahasa
Menurut Rubiah Aksah (2005), peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu dan maksud yang dibawa itu berlainan daripada maksud asalnya. Contohnya “kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai”. Peribahasa ini mengandungi kata-kata sindiran yang bermaksud untuk memberi peransang kepada orang-orang yang lemah, tetapi ingin mengerjakan sesuatu pekerjaan yang merbahaya.


10)       Simpulan bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya


11)       Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.

Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.Contoh kias ibarat:

     Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.


12)       Perumpamaan
Perumpamaan ialah kata-kata yang membawa makna tersurat dan tersirat. Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang berfungsi untuk membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan boleh dibezakan dengan peribahasa dengan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Menurut Abdullah Yusof et al (2009), perumpamaan ialah peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Peribahasa yang seperti ini menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara yang sebanding dengannya. Perumpamaan adakalanya juga disebut sebagai bahasa kiasan atau kias ibarat, contohnya perumpamaan “umpama bunga yang harum itu, ada juga durinya” yang bermaksud orang yang ternama atau mulia itu, ada juga yang melakukan perbuatan hina atau keji.