Situasi ini berlaku ketika para pelajar UPSI termasuk saya
hendak menaiki bas."Nama sahaja pelajar-pelajar universiti, tapi langsung
tidak tahu beradab". Begitulah ngomelan pemandu bas yang geram melihat
para pelajar Upsi yang berebut-rebut untuk menaiki bas sambil membuat bising.
Pemandu bas tersebut bukan sahaja mengomel malahan terus memandu dan
memberhentikan kenderaannya dalam keadaan yang sangat dekat jaraknya dengan
pelajar-pelajar yang berebut itu tadi sehinggakan pelajar-pelajar tadi terpaksa
mengelak kerana bimbang dilanggar oleh pemandu bas tersebut.
Pada pandangan saya, situasi begini tidak mungkin
akan berlaku sekiranya para pelajar ini mahu bertolak ansur iaitu dengan
beratur untuk menaiki bas dan bukannya dengan berebut-rebut. Keadaan ini amat
memalukan tambahan pula pelajar-pelajar ini adalah bakal-bakal guru. Bagaimana
mahu menunjukkan contoh yang baik sekiranya diri sendiri juga masih tidak
betul? Walaupun begitu, saya juga tidak bersetuju dengan sikap pemandu bas yang
sanggup melampiaskan kemarahannya dengan terus memandu seolah-olah mahu
melanggar pelajar-pelajar itu tadi. Keadaan ini disebabkan oleh, jika tidak
kena dengan caranya, mungkin akan ada pelajar yang akan tercedera. Kekurangan
bas dan kesuntukan masa menyebabkan pelajar-pelajar ini terpaksa berebut-rebut
untuk ke destinasi yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment