Thursday, 19 April 2012

~ Situasi 30 ~


Rakan serumah saya telah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya ketika berurusan di pejabat am fakulti bahasa ketika minggu tambah gugur kursus. Ketika dia sampai di kaunter, dia pun memanggil kerani di situ. "Akak, saya nak minta borang add drop satu". Kerani itu hanya menjeling dan memberikan borang tersebut kepada rakan saya. Rakan saya mengadu kepada saya mengapa kerani itu tidak mesra pelanggan dan langsung tidak mahu senyum ketika berurusan. Rakan saya berasa terkilan kerana dilayan sebegitu, sedangkan dia meminta dengan cara yang elok kepada kerani tersebut.

Pada pendapat saya, kerani tersebut tidak berasa selesa kerana jikalau kita berurusan di mana-mana kaunter pejabat am, penggunaan kata sapaan haruslah diutamakan. Rakan saya tadi telah menggunakan kata sapaan 'akak' kepada kerani itu dan mungkin kerani itu telah kurang selesa. Seharusnya, kata sapaan yang sesuai ialah Puan atau Encik kerana orang yang bekerja di pejabat am itu adalah antaranya pegawai dan kita seharusnya memberi gelaran atau sapaan yang sesuai dengannya. Rakan saya tidak menyedari kesilapannya dengan menggunakan kata sapaan yang tidak betul. Hal ini disebabkan oleh, sesetengah individu mahu dirinya dihormati dengan panggilan yang betul terutama daripada pelajar-pelajar yang berpendidikan tinggi.

No comments:

Post a Comment