1) Bidalan
Menurut Abdullah Yusof
et all (2009), bidalan ialah peribahasa yang terdiri daripada ungkapan-ungkapan
yang ringkas lagi bijaksana yang mempunyai makna selapis. Walau bagaimanapun,
kadang-kadang, bidalan juga menyatakan makna dua lapis. contoh bidalan ialah:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja
yang dimulakanhendaklah diselesaikan.
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan
berasa diri bijak tetapi dihinaorang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan
berjaya.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan
diduga- Kalau tidak mahir dalam sesuatu
bidang itu, akibatnya buruk.
2) Pepatah-petitih
pepatah merupakan salah satu daripada jenis peribahasa.
pepatah dilihat seakan-akan sama dengan bidlaan. sungguhpun demikian, pepatah
mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah,
tetapi mengandungi unsur pengajaran. setiap rangkai kata pepatah terdiri
daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu eolah-olah
seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. pepatah ini biasanya
berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
sungguhpun demikian, pepatah juga boleh didefinisikan sebagai ungkapan-ungkapan
yang dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan.
tujuannya adala untuk mengajar dan mendidik supaya berhati-hati dan berfikir
terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. contoh pepatah adalah seperti
berikut;
"Dihentak -hentak tak masuk , dihumpil tak bergerak ,
direndam tak basah , direbus tak lembik ,dijemur tak lekang dan dibakar tak
hangus "
3) Kata-kata pujangga
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
~Pujangga
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang
mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan
orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
~Pujangga~
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru
tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu
perkara."
4) Hadis Melayu
AL-SUNAH dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan,
metod atau cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada
yang baik atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah
apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan,
pengakuan, sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada sebelum diutuskan
menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul. Malangnya masyarakat Melayu
sering disogokkan dengan perkataan atau ungkapan yang didakwa sebagai hadis
sedangkan ia tidak mempunyai hujah yang kukuh. Ini dilabel sebagai ‘hadis
Melayu’. Yang membimbangkan, ‘hadis Melayu’ ini seolah-olah diterima pakai dan
menjadi pegangan agama oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia. ‘Hadis Melayu’ adalah perkataan yang bukan
bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ia adalah ungkapan mengenai
sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama
ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk
kepada naskhah asal bahasa Arabnya.
Ada beberapa contoh
‘hadis Melayu’ seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam
saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak
itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu
amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah
bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau
buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut
syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat.
5) Perbilangan
Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaituikatan puisiyang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembagakhususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakaiAdat Pepatih. Contoh perbilangan
Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaituikatan puisiyang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembagakhususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakaiAdat Pepatih. Contoh perbilangan
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakatIkut adat muafakat
6) Gurindam
Gurindam ialah sejenis
puisi tradisonal yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1846. Bentuk
gurindam boleh dibahagikan kepada dua,iaitu bentuk terikat dan tidak terikat.
Bentuk yang terikat bukan sahaja terdiri daripada dua baris serangkap yang
berpasangan dan berirama, tetapi bentuk seuntai gurindam yang terikat
memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkannya sebagai satu keseluruhan
idea. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai jawapan. Gurindam
berfungsi sebagai hiburan, pengajaran, nasihat dan penerapan nilai-nilai murni,
iaitu dapat menunjukkan hidup yang baik dan sempurna (Nik Hassan Basri Nik Ab.
Kadir, 2005), contoh:
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat faedah.
(Raja Ali Haji, Puisi Melayu Tradisional, 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka)
7) Seloka(Raja Ali Haji, Puisi Melayu Tradisional, 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka)
Seloka ialah sejenis
puisi Melayu tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi
unsur ejekan, giatan, sindiran, jenaka atau gurau senda dan digunakan untuk
menyindir sambil mengajar (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005). Contoh seloka
ialah:
Buah pinang buah
belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga,
Sungguh senang berbini
sumbing,
Walau marah ketawa juga.
(Warisan
puisi Melayu, 1995)
8) Tamsil
Tamsil adalah
misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.
9) Peribahasa
Menurut Rubiah Aksah
(2005), peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata
yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu dan maksud yang dibawa
itu berlainan daripada maksud asalnya. Contohnya “kalau takut dilambung
ombak,jangan berumah di tepi pantai”. Peribahasa ini mengandungi kata-kata
sindiran yang bermaksud untuk memberi peransang kepada orang-orang yang lemah,
tetapi ingin mengerjakan sesuatu pekerjaan yang merbahaya.
10) Simpulan bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya
simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang
tepat dan padat. Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah
seperti yang berikut:
Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
Alim
KucingMaksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya
11) Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.Contoh kias ibarat:
Segala
penat lelahnya sudah membuahkan hasil.
12) Perumpamaan
Perumpamaan ialah
kata-kata yang membawa makna tersurat dan tersirat. Perumpamaan merupakan
sejenis peribahasa yang berfungsi untuk membandingkan sesuatu dengan perkara
yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan boleh dibezakan dengan peribahasa
dengan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan
sebagainya sebagai kunci permulaan. Menurut Abdullah Yusof et al (2009),
perumpamaan ialah peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Peribahasa yang
seperti ini menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu
perkara yang sebanding dengannya. Perumpamaan adakalanya juga disebut sebagai
bahasa kiasan atau kias ibarat, contohnya perumpamaan “umpama bunga yang harum
itu, ada juga durinya” yang bermaksud orang yang ternama atau mulia itu, ada
juga yang melakukan perbuatan hina atau keji.
No comments:
Post a Comment