Kelas saya tamat jam 10.00 pagi. Satu masa
yang masih awal. Saya menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan buat
tugasanku. Sekitar jam 11.30, saya keluar daripada perpustakaan dan menuju ke
sebuah kedai makan untuk membeli makan tengahari. Kedai yang selalu saya dan
rakan-rakan kunjung. Selesai mengambil lauk, saya pun ke kaunter untuk
membayar. Kami perlu beratur kerana ramai orang di kedai itu. Sedang tuan kedai
mengira, salah seorang daripada pelanggannya bertanya, tentang harga makanan
dengan makanan yang dibeli. Rupa-rupanya tuan kedai itu tersalah kira dan
pelanggan itu memarahi tuan kedai tersebut di hadapan pelanggan lain. Saya hanya
memerhatikannya.
Setiap manusia melakukan kesilapan.
Seharusnya setiap kesilapan itu dimaafkan. Bukannya dimarahi atau dicaci. Dalam
situasi ini, pelanggan itu sepatutnya memaafkan sahaja tuan kedai tersebut
kerana dia sudah pun meminta maaf dan tidak perlu memanjangkan cerita
terutamanya di hadapan pelanggan lain. Setiap
manusia punya maruah. Maruah manusia hendaklah dijaga oleh manusia
dengan sebaiknya. Jika kita menjaga aib orang, insyaAllah orang lain juga akan
menjaga aib kita.
No comments:
Post a Comment