Situasi pada kali ini ialah tentang perancangan bahasa. Perancanan
taraf bahasa meliputi semua upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama pendidikan, iaitu
sebagaimana yang telah dibincangkan di atas tadi. Setelah mantap penetapan
taraf tersebut, maka upaya ditumpukan pula pada aspek perancangan korpusnya
pula. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua
strategi pula, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa.
Pembinaan
bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa Melayu daripada sudut korpus
bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras
bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana
komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara.
Pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang
dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam,
sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.
Dalam
konteks Malaysia, perancangan taraf bahasa melibatkan upaya menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Penetapan
bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada
penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam
Melayu sejak zaman Sriwijaya lagi dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di
pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment