Hari ini saya berasa kurang selesa dengan
kata-kata kawan saya, walaupun hanya dengan satu perkataan. Saya mengingatkan
kawan saya untuk menjalankan tugas di rumah kerana setiap ahli rumah akan
bertugas mengikut hari-hari tertentu. Kawan saya sepatutnya bertugas pada hari
khamis, namun mungkin kerana dia terlupa dia tidak bertugas. Oleh itu, saya
telah menegurnya pada pagi jumaat dengan menyuruhnya bertugas pada hari tersebut.
Saya berharap agar dia mengatakan bahawa dia terlupa dan meminta maaf. Namun
dia hanya berkata "eleh". Perkataan itu amat menyakitkan hati. Saya
tidak berniat untuk 'tunjuk baik' tetapi sekadar mengingatkan.
Sebagai rakan serumah, kita sepatutnya
saling bekerjasama dan saling menjaga hati satu sama lain agar dapat hidup
lebih selesa. "Maaf" bukan susah untuk diungkapkan, tetapi ramai yang
keberatan untuk menyebutnya.
No comments:
Post a Comment