Tuesday, 17 April 2012

~ Situasi 27 ~


Perut kami berkeroncong. Kami membuat keputusan utuk singgah makan di kedai makan yang berdekatan. Setelah urusan memesan makanan dan minuman selesai, kami berborak sakan tentang pelbagai perkara yang berlaku sepanjang hari itu. Tidak menunggu lama, makanan dan minuman yang dipesan sampai. Kami membaca doa dan menikmati hidangan masing-masing. Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba telinga kami seolah-olah dapat mengesan sesuatu yang tidak enak untuk didengari. Bunyinya seolah-olah begini “buat apa aku nak cakap dengan kau dalam telefon. Buat habis kredit je. Aku nak jumpa dengan kau. Kau kat mana sekarang, kau bagitahu aku. Weiii, aku tak takut la dengan kau tu. Aku nak jumpa dengan kau depan-depan suami dan mak mentua kau sekali pun aku tak takut. Cakap dengan aku, kau sekarang kat mana.” Saat itu, kami semua telan air liur. Masing- masing diam tidak berani untuk bersuara. Selesai makan, kami membuat bayaran dan beredar dari kedai makan itu dengan segera.

Situasi seperti ini sangat kerap berlaku, dimana-mana sahaja, tidak mengira masa semuanya boleh berlaku. Bagi pendapat saya, sepatutnya, wanita tersebut menyelesaikan masalahnya dengan berhemah, bukannya dengan memaki hamun orang lain dengan sesuka hati sahaja. Walaupun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak sepatutnya menghukum orang lain tanpa usul periksa. Lagipun, carilah tempat yang sesuai, janganlah jadikan tempat awam sebagai tempat untuk dijadikan medan perang. Pada waktu itu, semua orang pasti akan memandang serong kepada kita.


No comments:

Post a Comment