Sewaktu ingin pulang ke kolej selepas
tamatnya kelas pada waktu tengahari hari ini, berlaku kesesakan dan lambakan
pelajar yang juga sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Waktu telah menunjukkan ke angka 12 tengahari, semua ingin bergegas pulang ke
rumah masing-masing kerana kebiasaannya pada waktu kemuncak ini berlakulah
masalah ketiadaan bas kerana semua terutamanya kaum lelaki mengejar masa untuk
menunaikan solat Jumaat bagi yang beragama Islam. Tidak sampai sepuluh minit,
bas tiba. Semua berebut-rebut untuk menaiki bas. Kadang-kadang saya rasakan
seperti perebutan kuasa akan berlaku kerana tolak menolak, pijak-memijak kaki,
tarik-menarik akan berlaku. Dalam
kesesakan itu, tiba-tiba saya terdengar satu suara budak perempuan yang bunyinya
seakan-akan begini “eh, bodohlaa…janganla main pijak-pijak, tolak- tolak. Nak
balik sangat, rumah tu tak lari la. Bongok” saya terkedu.
Lama- kelamaan selepas berlakunya tolak-tolak, akhirnya kami semua berjaya
menaiki bas tersebut dan selamat sampai ke rumah masing- masing.
Bagi saya, sepatutnya kita sebagai seorang
mahasiswa ataupun mahasiswi, tidak sepatutnya memaki hamun tanpa berfikir
panjang kerana itu merupakan satu sikap yang negatif yang kita tunjukkan kepada
orang lain. Tambahan pula kita sebagai bakal guru hendaklah menunjukkan sifat
yang baik dan menjadi contoh yang baik juga kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment