Situasi ini
ketika kami dikejutkan
dengan satu berita
yang agak menyedihkan yang berlaku di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu seorang pelajar perempuan UPSI telah
meninggal dunia di bangunan BE Learning yang dipercayai jatuh dari bangunan
tersebut. Berita tersebut agak menyayat hati kami dan rasa takut pun ada dalam
diri. Punca pelajar tersebut jatuh dari bangunan tersebut masih dalam siasatan.
Tetapi perkara yang mengecewakan kami adalah pelbagai spekulasi dan tanggapan
yang telah dikeluarkan oleh orang ramai tentang kejadian tersebut seperti
pelajar tersebut menghadapi tekanan perasaan, kena tolak, bunuh diri yang
paling mengaibkan dan macam-macam lagi andaian yang dibuat. Gambar pelajar
tersebut turut dipaparkan dalam laman sosial facebook dan blog. Perkara yang
sebenar berlaku masih belum diketahui lagi tetapi orang ramai sudah pandai
membuat andaian sendiri.
Pada pandangan saya,
kita tidak sepatutnya membuat sebarang andaian sendiri yang kita tidak tahu
punca sebenar sesuatu kejadian berlaku. Kita juga seharusnya menyiasat terlebih
dahulu punca sebenar sesuatu kejadian yang berlaku sebelum membuat sebarang
spekulasi. Tambahan pula, pelajar tersebut merupakan orang Melayu yang beragama
Islam. Islam melarang dengan keras sekali umatnya membunuh diri yang dianggap
haram dan berdosa besar.
No comments:
Post a Comment