Monday, 16 April 2012

~ Situasi 26 ~


Situasi ini berlaku semasa saya sedang melayari laman sosial facebook atau laman muka buku. Saya telah terbaca status salah seorang daripada sahabat yang tidak dikenali dalam laman sosial saya. Dia meluahkan rasa marah terhadap seseorang yang telah merampas kekasihnya dengan menyumpah dan memaki wanita tersebut menggunakan kata-kata yang sangat kesat. Perkataan yang digunakan sangat mengaibkan semua kaum wanita dengan menyebut kemaluan dan sebagainya. oleh hal yang demikian saya terpaksa membuang dia daripada menjadi sahabat saya kerana tidak sanggup melihat apa yang ditulis pada statusnya dan dibaca umum pada dinding laman muka buku saya pula yang boleh mengaibkan wanita-wanita lain.

Pada pandangan saya, situasi seperti ini seharusnya dielakkan. Laman muka buku bukanlah medan yang sesuai untuk seseorang itu menzahirkan segala isi hatinya. Seharusnya, apabila seseorang itu berasa kecewa, sedih, marah dan sebagainya dia haruslah sentiasa mengingati Allah dan memohon petunjuk daripada-NYA. Selain itu, penggunaan bahasa yang kesat sudah mampu untuk melambangkan  atau menggambarkan sikap  sebenar individu tersebut daripada  kaca mata sesiapa yang membaca status terkenaan. 

No comments:

Post a Comment