Wednesday, 4 April 2012

~ Situasi 23 ~


Kisah yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang seorang pemandu bas yang berbangsa India. Saya tertarik dengan cara dia yang agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan pemandu- pemandu bas yang lain. Kerap juga saya menaiki bas yang dipandu olehnya dan cara dia tetap sama.  Walaupun tidak banyak bercakap, namun dia bersikap sangat sopan. Selepas kami sampai ke destinasi yang dituju, pelajar- pelajar yang menaiki bas akan mengungkapkan  ucapan ‘terima kasih’ kepadanya, dan dia juga akan membalasnya dengan ungkapan ‘sama- sama’ sambil senyuman terukir di bibir. Hampir sebahagian besar pelajar di dalam bas mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya dan dia turut membalasnya kepada setiap pelajar.  Walaupun hanya ungkapan biasa tetapi sebenarnya merupakan budaya yang perlu kita amalkan setiap hari.

Secara peribadinya, saya kagum dengannya yang tidak jemu membalas ungkapan tersebut kepada kami sambil senyuman terukir manis dibibir. Ternyata sikap seperti itulah yang menyenangkan kami sebagai pelajar yang menggunakan bas untuk ke kelas.  Saya juga mengharapkan pemandu- pemandu bas yang lain juga bersikap seperti dirinya yang sentiasa tersenyum dan mesra terhadap pelajar- pelajar.

No comments:

Post a Comment