Monday, 5 March 2012

Situasi 1

~Pemandu Bas Marah ~

Situasi ini semasa menunggu bas untuk pulang ke kolej. Saya dan pelajar-pelajar lain akan beratur untuk menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak universiti. Tiba-tiba ada ada seorang pelajar perempuan ini tergesa-gesa untuk menaiki bas, belum sempat pintu bas dibuka, pelajar tersebut menendang pintu bas itu. Perlakuan pelajar terbabit telah menimbulkan kemarahan pemandu bas tersebut. Perbuatan pelajar yang menggunakan kaki untuk menendang bas itu dianggap sangat kurang ajar bagi pemandu itu. Pemandu itu telah memarahi pelajar tersebut di hadapan kami semua dan telah menghalau pelajar itu daripada menaiki basnya. Pemandu itu, telah mengarahkan pelajar tersebut untuk mengambil bas yang lain kerana dia menganggap perbuatan pelajar itu tidak menghormati dia dan kurang ajar.

Penggunaan kaki bagi sesetengah orang adalah suatu perbuatan yang dianggap biadap. Golongan tua terutamanya  mementingkan adap sopan dan hormat-menghormati mereka yang lebih tua daripada golongan muda atau remaja. Walaupun mereka bekerja sebagai pemandu bas, tetapi mereka perlu dihormati sebagai orang yang lagi tua dan wajarlah kita sebagai remaja mestilah tetap menghormati mereka ini walau apa pun pekerjaan mereka dan menjaga tingkah laku kita sebagai pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.

No comments:

Post a Comment