Tuesday, 13 March 2012

Situasi 7

~ Bahasa Mesej @ SMS ~

SMS adalah satu saluran melalui telefon bimbit yang membenarkan pengguna menghantar-menerima mesej. Mesej boleh boleh dihantar dalam ayat penuh dan ejaan lengkap dalam konteks komunikasi formal. Mesej SMS boleh juga dihantar menggunakan kod tertentu yang berbentuk singkatan, ringkasan, akronim, emotikon, ikon, imej, dan simbol dalam konteks tidak formal. Bahasa SMS terus berkembang dan meningkat bilangnya  dengan adanya teknologi MMS  dalam telefon bimbit pada kebanyakan  orang di Malaysia. contohnya:

ko nk g ne?       bermaksud      "kau hendak pergi mana?
ak br blk kls      bermaksud      "aku baru balik kelas"

Penggunaan bahasa mesej (SMS) sememangnya digunakan sesuka hati sahaja. Pelbagai perkataan yang digunakan dan ditulis dengan ringkasan sahaja dan kadang kala amat sukar untuk difahami kerana terlalu ringkas. Penggunaan bahasa SMS ini tidak menyalahi undang-undang tetapi  ia akan memberi kesan buruk terutama kepada para pelajar kerana akan menyebabkan mereka terbawa-bawa gaya penulisan ini di dalam peperiksaan.

No comments:

Post a Comment