Situasi ini semasa saya berada di dalam bilik kuliah kursus Karya Agung. Pensyarah menanyakan maksud perkataan "selalu". Beliau mengatakan bahawa perkataan "selalu" bagi dialek Kelantan mempunyai maksud yang berlainan daripada maksud asal perkataan tersebut. Jika dalam bahasa Melayu standard, perkataan "selalu" bermaksud kerap kali, tetapi bagi dialek Kelantan perkataan "selalu" itu bermaksud "segera atau sekarang".
Kebanyakan pelajar dalam kelas tersebut tidak mengetahuinya dan ianya merupakan maklumat yang baru kepada mereka. Jika mereka ditakdirkan mengajar di sekolah di Kelantan, mereka tidak akan salah faham perkataan yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut. Dialek mempunyai keunikannya yang tersendiri dan hanya difahami oleh penuturnya sahaja. Penggunaan dialek, kadang-kala mempuyai maksud yang berlaian daripada bahasa standard atau bahasa baku yang difahami umum. Di Malaysia, mempunyai banyak dialek yang pelbagai yang mempunyai perkataan yang sama sama ejaan dan sebutan tetapi berlainan makna seperti contoh di atas. Ini menjadikan bahasa merupakan sesuatu yang unik bagi setiap penuturnya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment