Tuesday, 27 March 2012

~ Situasi 17 ~


Situasi ini adalah semasa sedang berehat di rumah. Saya mendengar radio bagi menghilangkan rasa bosan kerana tiada apa yang hendak dilakukan pada waktu itu. Siaran yang dipilih ialah Muzik FM. Apabila selesai lagu dimainkan, juruhebah radio tersebut mula berceloteh. "Saya amat sukakan lelaki yang memahami kehendak wanita." "Tetapi ada lagi ke jantan-jantan seperti ini ?" tambahnya .

Pada pendapat saya,juruhebah tersebut telah mengabaikan konsep kesantunan bahasa dalam masyarakat. Perkataan "jantan" hanya digunakan untuk menentukan jantina binatang, bukannya manusia. Perkataan tersebut juga menunjukkan bahasa yang kasar.

No comments:

Post a Comment