Situasi ini berlaku semasa saya sedang membuat perjumpaan kumpulan untuk
berbincang mengenai tugasan kumpulan kami. Kawan saya ada mengatakan perkataan “segan”
di Kedah mempunyai maksud yang berlainan daripada maksud dalam bahasa baku
iaitu bermaksud “pemalas”. Perbezaan maksud ini sangat berkontra dengan maksud
sebenar mengikut bahasa standard yang kita fahami umum iaitu “segan” bermaksud “malu”.
Pada pendapat saya, perbezaan ini saya kategorikan sebagai perbezaan maksud
dari segi dialek. Menurut dialek Pahang, perkataan “segan” itu bermaksud “pemalas”,
tetapi bagi bahasa Melayu baku atau standard ianya bermaksud “malu”.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, perkataan “segan” ini turut mempunyai maksud
yang berbeza bagi penutur di Negeri kelantan iaitu bermaksud “jijik”. Cuma, di
Kelantan,cara penyebutannya agak berlainan sedikit iaitu “segey”. Saya mendapati
perkataan ini sangat unik kerana mempunyai tiga maksud yang berbeza di tiga
negeri yang berbeza. Betapa uniknya setiap perkataan itu sendiri, yang diguna
pakai oleh penutur jati masing-masing yang membawa maksudnya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment