Wednesday, 28 March 2012

~ Situasi 18 ~


Situasi ini ialah ketika saya dan rakan-rakan berjalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menghilangkan tekanan. Kami telah berkunjung ke sebuah pusat membeli belah terbesar di Kuala Lumpur. Di sana banyak gelagat orang bandar yang kami perhatikan. Antaranya, kami telah terlihat sepasang kekasih Melayu yang sama jantina ataupun ‘lesbian’. Mereka berjalan berpimpin tangan tanpa segan silu.

Saya berasa malu dan sedih apabila terkenangkan pasangan ‘lesbian’ itu adalah orang Melayu. Mungkin disebabkan aliran arus zaman mereka ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang yang merosakkan akhlak anak muda di Bandar. Mereka seharusnya tahu bahawa hubungan sejenis itu dilaknat oleh Allah s.w.t. Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dan memberi perhatian kepada aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Jangan hanya sibuk mengejar kemewahan dunia semata-mata tetapi anak-anak terjerumus ke dalam kancah yang tidak sihat.

No comments:

Post a Comment