Situasi ini ketika saya berjumpa dengan seorang pensyarah untuk menanyakan tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah tersebut. Semasa saya dan pensyarah tengah berbincang, tiba-tiba pensyarah tersebut menerima panggilan daripada seorang pelajar yang ingin menemu ramah beliau untuk menyiapkan tugasan. Komplikasinya bermula apabila pensyarah tersebut mula marahkan pelajar itu. Saya pada mulanya agak terkejut dengan reaksi yang dipamerkan oleh pensyarah itu.
Setelah pensyarah itu mengakhiri perbualan telefon tersebut, beliau kemudiannya telah menceritakan kepada saya apa yang telah berlaku. Pelajar itu telah menimbulkan kemarahan terhadap pensyarah tersebut kerana dia memanggil pensyarah tersebut dengan gelaran sekejap Encik, sekejap Doktor, dan menanyakan soalan yang tidak relevan kepada pensyarah itu. Pensyarah tersebut telah mempunyai pangkat Professor. Pensyarah itu merasakan pelajar tersebut tidak menghormati beliau yang bersusah payah untuk mendapatkan pangkat Professor. Pelajar tersebut mahu meminta pertolongan beliau, tetapi tidak mengenali beliau dan memanggil beliau sesuka hati pelajar itu sahaja.
Panggilan sapaan bagi sesetengah individu amat dititikberatkan kerana ia menunjukkan tinggi rendah pangkat seseorang itu. Pelajar tersebut haruslah lebih berhati-hati ketika bercakap dan menggunakan panggilaan sapaan yang betul terutama ketika meminta pertolongan. Pelajar tersebut perlulah menyelidik terlebih dahulu serba sedikit latar belakang individu yang ingin ditemu ramah supaya tidak berlaku salah faham dan tanda menghormati individu tersebut.
No comments:
Post a Comment