Friday, 23 March 2012

Situasi 15


~ HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA ~

Situasi ini ketika dalam bas, sahabat saya menegur salah seorang junior kami untuk melabuhkan langsir kerana cuaca yang panas ketika itu. “Awak, minta tolong tarik langsir tu sikit.” Pinta sahabat saya. Yang mengejutkan kami, pelajar itu hanya menoleh ke belakang iaitu pada tempat duduk sahabat saya dan menjeling ke arahnya. Pelajar tersebut tidak mempedulikan permintaan sahabat saya itu. Selang beberapa minit, sahabat saya mengulangi permintaan yang sama. Namun pelajar itu tetap dengan pendiriannya dengan tidak menarik walau seinci kain langsir itu.

Pada pendapat saya, pelajar tersebut sememangnya tidak mempunyai adab apatah lagi sikap menghormati orang yang lebih senior. Pada kiraan saya, sahabat tadi menggunakan bahasa yang saya anggap paling sopan kerana dia  menggunakan perkataan "tolong". Pelajar tersebut perlu belajar cara untuk menghormati orang lain selain sedar akan pentingnya hidup dalam masyarakat. Kesopanan berbahasa amat penting terutama dalam hidup bermasyarakat kerana masyarakat lain akan menghormati dan menilai kita melalui bahasa yang sopan. Daripada amalan berbahasa, kita dapat mengenali seseorang itu. Jika baik bahasanya, maka baiklah budi pekertinya.

No comments:

Post a Comment