Situasi ini semasa saya bersiar-siar di Kuala Lumpur pada hari minggu. Semasa sedang menunggu bas, saya terdengar perbualan seorang remaja perempuan, ketika bercakap melalui telefon. Bukan niat untuk mendengar percakapan orang lain, tetapi suara remaja perempuan tersebut amat jelas sekali di pendengaran saya. Saya cuma menggunakan peluang ini untuk mengkaji serba sedikit bahasa yang digunakan oleh remaja zaman sekarang untuk berkomunikasi.
Hai sayang..sayang kat mana nie?? Janji nak kuar dengan I?.. I miss u sangat-sangat la sayang..
pada pendapat saya, mencampuradukkan bahasa
adalah dilarang sama sekali dan salah daripada hukum bahasa. Tetapi, umumnya
masyarakat Melayu lebih selesa dengan hal ini. Kebanyakan masyarakat sekarang cuba mencampurkan percakapan mereka dengan bahasa Inggeris kerana bagi mereka, apabila bercakap bahasa Inggeris, mereka akan dipandang lebih hebat oleh orang sekeliling dan berpendidikan tinggi. Cubalah gunakan bahasa Melayu
baku. Elakkan bahasa rojak. Bukankah bahasa mencerminkan bangsa kita sendiri.
No comments:
Post a Comment